Tuesday, 14 January 2014

No Body Perfect



Tazkirah pagi oleh Prof merapu..

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Apa khabar semua saudara saudari cikebum-cikebum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan KurniaNYA dapat saya mengarang sebaris dua ayat untuk meluahkan buku-buku dalam hati.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
*petikan lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique Ft Jamal Abdillah


Sebenarnya kemerapuan yang cuba diwujudkan pada hari ini adalah berkenaan lisan atau bahasa pasarnya adalah mulut. Mulut merupakan salah satu pancaindera yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia yang bertujuan untuk digunakan oleh hambanya untuk menzahirkan segala yang bermain dan berlegar diruang minda. Alhamdulillah dengan adannya mulut dan suara dapat kita berinteraksi dengan jayanya tanpa ada sekatan.

Oleh yang demikian, anugerah ALLAH SWT yang amat berharga ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya dan kearah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Penggunaan mulut adalah salah satu cara, selepas penampilan pemakaian digunakan oleh manusia untuk menilai perwatakan dan keperibadian seseorang. Pepatah Melayu pernah mengatakan "Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa". melalui pepatah ini memperlihatkan bahawa andaikata tersilap mulu mampu mebinasakan tubuh badan baik secara fizikal mahupun fizikal.

Sehubungan dengan itu, manusia diatas muka bumi ini seharusnya mendahulukan penggunaan akal mereka sebelum mereka menggunakan panca indera yang lain. Setiap tindakan yang ingin dilakukan atau dizahirkan didalam bentuk perlakuan atau perkataan seharusnya melalui suatu proses tapisan yang panjang supaya tidak memberi impak yang negatif kepada si pelaku itu. Andaikata kesilapan timbul didalam penaksiran yang dilakukan, akibatnya nanya seumur hidup dan mampu mewujudkan satu fenomena fobia kepada si pelaku.

Benarlah kata orang dulu-dulu. Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Pedang hanya mampu untuk mencederakan zahir. Kecederaan yang berlaku keatas tubuh badan biasanya boleh disembuhkan dan kita dapat melihat dengan jelas setiap perubahan yang berlaku semasa ianya didalam proses pemulihan. Tetapi melalui mulut/ perkataan, kita tidak mampu untuk mencederakan seseorang secara fisiologikal tetapi, kita mampu untuk melukakan seseorang itu dari sudur psikologi nya. Kecederaan Psikologikal ini dilihat agak sukar untuk diubati kerana ianya melibatkan sesuatu yang dipanggil hati. Proses untuk menyembuhkan kelukaan psikologikal merupakan sesuatu yang subjektif untuk kita ketahui kerana ianya bergantung kepada tuan empunya badan itu sendiri, Sekiranya tuan empunya badan itu merupakan seseorang yang pemaaf, maka cepatlah ianya disembuhkan, dan begitulah sebaliknya.

Jadi dah panjang lebar hamba merapu... Moral Of the Story.. Please Do Mind Your Word toward Everyone. tak kisah siapa si pendengar itu.. Ingatan ini bukan sahaja untuk orang lain, tetapi untuk pedoman saya juga, Saya pun tidak sempurna. Kadang terkasar bahasa, kadang terlebih cakap dan macam-macam lagi. Dari jauh kupohon ampun maaf. Sekian

Assalamualaikum WBT

No comments:

Post a Comment