Wednesday 21 May 2014

Dilema Anak Muda

Assalamulaikum WBT

          Alhamdulillah hari ini diberikan lagi ilham untuk saya menulis disini. Seperti biasa selepas punch in i pejabat saya akan turun ke kedai untuk menikmati sedikit sarapan pagi bersama-sama teman sepejabat. Tiada apa-apa yang istimewa ditemui sepanjang perbualan kami. Setelah agak lama dikedai berkenaan, saya membelek halaman Facebook dan membaca penceritaan yang disiarkan oleh kawan-kawan saya. Pelbagai cerita-cerita yang menghiasi "newsfeed" dinding facebook saya. Dinding Facebook saya juga dipenuhi dengan cerita-cerita politik yang menceritakan pelbagai isu. Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Ada yang membina dan banyak juga provokasi-provokasi kosong yang dimainkan oleh cybertrooper oleh kedua-dua pihak, baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

          Sejak dua menjak ini isu perkauman atau racism semakin rancak dimainkan oleh kedua-dua pihak. Banyak posting-posting yang membakar semangat perkauman yang memenuhi dinding facebook saya. Lahir kerisauan dalam diri saya apabila keadaan ini dilihat semakin menjadi-jadi tanpa ada suatu jalan penyelesaian yang dilihat mampu untuk mengubah keadaan ini sedangkan keharmonian dan perpaduan antara kaum amat penting dan amat diperlukan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dinamik dan berdaya saing di peringkat dunia. Pelampau-pelampau kaum yang kini sedang rancak membakar api kemarahan dikalangan kaum-kaum lain dilihat semakin hari semakin berani untuk bertindak. Api perkauman yang dimulakan oleh siapa dan bagaimana permulaan api itu tidak ada siapa yang mampu singkap.

Dalam usaha mendapatkan kuasa, manusia - manusia durjana ini sanggup untuk mewujudkan satu kehidupan yang tidak harmoni dan kacau - bilau malah rela mengorbankan orang lain yang inginkan kedamaian dan keharmonian. Betapa keinginan mereka untuk berkuasa amat tinggi sehingga menggadaikan nama baik Negara Malaysia dengan menghebahkan berita - berita buruk mengenai pentadbiran Malaysia pada hari ini yang dinaungi kerajaan Barisan Nasional. Begitu hebat ledakan reformasi pembangkang sehinggakan berjaya mempengaruhi anak - anak muda pada hari ini untuk tinggalkan keharmonian yang dirasa untuk menimbulkan kekacauan.

Namun Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan Malaysia. Tuhan telah kurniakan kepada orang Melayu satu nikmat yang amat berharga dan berguna demi kelangsungan bangsa Melayu iaitu tahap kesabaran yang tinggi. Walaupun pelbagai anasir dan dakyah yang telah ditanamkan didalam diri anak Melayu pada hari ini.Semakin hari semakin hebat input - input negatif yang ditanam didalam diri anak Melayu sehinggakan bangsa sendiri dibenci. Sehinggakan nilai - nilai Melayu yang penuh sopan dan nilai - nilai murni semakin lama semakin terhakis dan telah mewujudkan seekor raksasa yang pernah wujud dan menghancurkan empayar kerajaan Melayu iaitu  PETUALANG BANGSA. Si penjahat tidak perlu lagi untuk bekerja keras untuk menghancurkan Melayu, cukup sekadar menanti untuk menangguk di air yang keruh hasil konspirasi yang telah mereka ujudkan mengikut skrip yang ditulis berdekad - dekad dulu.

Saban tahun, plot - plot yang telah ditulis semakin menampakkan klimaks kepada penceritaan imiginasi si penulis, namun masih belum mampu untuk meruntuhkan Bangsa Melayu walaupun semakin hari semakin goyah dek perpecahan yang berlaku sesama sendiri. Kalau dahulu dua, sekarang mungkin empat atau lima puak melayu yang masing - masing berlainan ideologi dan fahaman tetapi mempunyai satu wawasan yang sama iaitu keinginan untuk berkuasa demi menegakkan IDEOLOGI masing - masing. Si Kecil yang dahulunya bermain dipinggir - pinggir tebing kini bebas berenang renang di tempat yang suatu ketika dahulu milik si Besar dek kerana kawanan si Besar itu semakin hari semakin mengecil dan membuka ruang kepada si Kecil untuk turut sama berenang dan bermandi manda. Mungkin esok tiada lagi ruang bagi si Besar untuk berenang dipermandian yang pernah menjadi miliknya dahulu dek kerana si Kecil yang semakin tegap dan sasa. Akhirnya Si Besar tadi akan mengambil tempat si kecil untuk berada ditebing pula.

sekian merapu meraban dari ku..
"Renung - renungkan dan selamat beramal"