Wednesday 21 May 2014

Dilema Anak Muda

Assalamulaikum WBT

          Alhamdulillah hari ini diberikan lagi ilham untuk saya menulis disini. Seperti biasa selepas punch in i pejabat saya akan turun ke kedai untuk menikmati sedikit sarapan pagi bersama-sama teman sepejabat. Tiada apa-apa yang istimewa ditemui sepanjang perbualan kami. Setelah agak lama dikedai berkenaan, saya membelek halaman Facebook dan membaca penceritaan yang disiarkan oleh kawan-kawan saya. Pelbagai cerita-cerita yang menghiasi "newsfeed" dinding facebook saya. Dinding Facebook saya juga dipenuhi dengan cerita-cerita politik yang menceritakan pelbagai isu. Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Ada yang membina dan banyak juga provokasi-provokasi kosong yang dimainkan oleh cybertrooper oleh kedua-dua pihak, baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

          Sejak dua menjak ini isu perkauman atau racism semakin rancak dimainkan oleh kedua-dua pihak. Banyak posting-posting yang membakar semangat perkauman yang memenuhi dinding facebook saya. Lahir kerisauan dalam diri saya apabila keadaan ini dilihat semakin menjadi-jadi tanpa ada suatu jalan penyelesaian yang dilihat mampu untuk mengubah keadaan ini sedangkan keharmonian dan perpaduan antara kaum amat penting dan amat diperlukan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dinamik dan berdaya saing di peringkat dunia. Pelampau-pelampau kaum yang kini sedang rancak membakar api kemarahan dikalangan kaum-kaum lain dilihat semakin hari semakin berani untuk bertindak. Api perkauman yang dimulakan oleh siapa dan bagaimana permulaan api itu tidak ada siapa yang mampu singkap.

Dalam usaha mendapatkan kuasa, manusia - manusia durjana ini sanggup untuk mewujudkan satu kehidupan yang tidak harmoni dan kacau - bilau malah rela mengorbankan orang lain yang inginkan kedamaian dan keharmonian. Betapa keinginan mereka untuk berkuasa amat tinggi sehingga menggadaikan nama baik Negara Malaysia dengan menghebahkan berita - berita buruk mengenai pentadbiran Malaysia pada hari ini yang dinaungi kerajaan Barisan Nasional. Begitu hebat ledakan reformasi pembangkang sehinggakan berjaya mempengaruhi anak - anak muda pada hari ini untuk tinggalkan keharmonian yang dirasa untuk menimbulkan kekacauan.

Namun Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan Malaysia. Tuhan telah kurniakan kepada orang Melayu satu nikmat yang amat berharga dan berguna demi kelangsungan bangsa Melayu iaitu tahap kesabaran yang tinggi. Walaupun pelbagai anasir dan dakyah yang telah ditanamkan didalam diri anak Melayu pada hari ini.Semakin hari semakin hebat input - input negatif yang ditanam didalam diri anak Melayu sehinggakan bangsa sendiri dibenci. Sehinggakan nilai - nilai Melayu yang penuh sopan dan nilai - nilai murni semakin lama semakin terhakis dan telah mewujudkan seekor raksasa yang pernah wujud dan menghancurkan empayar kerajaan Melayu iaitu  PETUALANG BANGSA. Si penjahat tidak perlu lagi untuk bekerja keras untuk menghancurkan Melayu, cukup sekadar menanti untuk menangguk di air yang keruh hasil konspirasi yang telah mereka ujudkan mengikut skrip yang ditulis berdekad - dekad dulu.

Saban tahun, plot - plot yang telah ditulis semakin menampakkan klimaks kepada penceritaan imiginasi si penulis, namun masih belum mampu untuk meruntuhkan Bangsa Melayu walaupun semakin hari semakin goyah dek perpecahan yang berlaku sesama sendiri. Kalau dahulu dua, sekarang mungkin empat atau lima puak melayu yang masing - masing berlainan ideologi dan fahaman tetapi mempunyai satu wawasan yang sama iaitu keinginan untuk berkuasa demi menegakkan IDEOLOGI masing - masing. Si Kecil yang dahulunya bermain dipinggir - pinggir tebing kini bebas berenang renang di tempat yang suatu ketika dahulu milik si Besar dek kerana kawanan si Besar itu semakin hari semakin mengecil dan membuka ruang kepada si Kecil untuk turut sama berenang dan bermandi manda. Mungkin esok tiada lagi ruang bagi si Besar untuk berenang dipermandian yang pernah menjadi miliknya dahulu dek kerana si Kecil yang semakin tegap dan sasa. Akhirnya Si Besar tadi akan mengambil tempat si kecil untuk berada ditebing pula.

sekian merapu meraban dari ku..
"Renung - renungkan dan selamat beramal"

       

Saturday 15 February 2014

KENAPA KE SEKOLAH 2

Assalamulaikum w.b.t           Minggu lepas, kecoh diperkatakan tentang seorang guru disebuah SJK telah menghukum muridnya dengan cara menggantung loceng dileher dan disurhnya mereka makan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diamanahkan. Perlakuan guru tersebut berjaya menaikkan darah ibu bapa murid berkenaan dan akhirnya dia telah dikenakan tindakan tukar sekolah. Sesetengah orang berpendapat, guru berkenaan sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding apa yang telah diterimanya atas perlakuannya yang seakan mencabar kesabaran orang melayu apabila tersebar luas berita mengenai dua lagi murid berbangsa cina yang juga melakukan kesilapan yang sama dan tidak dikenakan apa-apa hukuman oleh guru berkenaan. Amatlah tidak wajar apabila seorang yang telah diberi amanah untuk mendidik murid-muridnya mengamalkan sikap perkauman didalam menjalankan tugas. 

           Kenapa memilih profesion perguruan seandainya diri sendiri tidak mampu untuk mengendalikan tugasan tersebut? Kerjaya Guru merupakan salah satu kerjaya yang amat disanjung suatu ketika dahulu. Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi anak-anak yang dihantar ke sekolah. Guru merupakan jurumudi yang akan mengemudi arah tujuan dan memastikan VISI DAN MISI Dasar pendidikan negara tercapai dengan jayanya. Guru juga merupakan "ibubapa kedua" kepada murid-murid dan merupakan antara orang yang paling rapat dengan murid-murid selain daripada ibubapa mereka. Tugas seorang guru tidak hanya tertakluk kepada pelajaran akademik murid-muridnya sahaja. Tugas mereka amat luas sehinggakan meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang murid itu. 


          

                        

Saturday 25 January 2014

Renungan Pagi

Renunga bersama..
  • Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.


  • Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.


  • Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.


  • Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.


Tapi...

  • Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
  • Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..

Ustaz Azhar Idrus Berkata


Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..
Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
        1. Keberkahan dlm hartanya,
        2. Hidupnya disukai,
        3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
        4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”



❤❤AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.
"PlNJAM 59 SAAT " HASBl RABBl JALALLAH MAAFl QALBl GHAlRULLAH . NUR MUHMMAD SALALLAH . LAlLAHAlLLALLAH"
COPY PASTE BAGl SEMUA ORANG ZlKlR
Anda Akan membuat beribu- malah berjuta- juta org berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 

Saturday 18 January 2014

KENAPA KE SEKOLAH??

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia

          Seperti biasa pada setiap hari kerja, kami geng-geng lelaki di pejabat akan turun untuk minum di Cafe 911 untuk memuaskan nafsu perut dan ianya seperti rutin wajib sekiranya tiada tiada yang menjalankan tugas di luar pejabat. Ia juga seperti acara "morning briefing" oleh Bos kepada kami dan banyak juga topik-topik hangat yang menjadi kupasan kami sepanjang berada disana. Hari ini saya lewat ke pejebat kerana singgah di HQ untuk ambil CPU Bos yang ditukar kerana mengalami masalah yang tak mampu lagi kami tanggung.

          Nak dijadikan cerita terbit la satu tajuk dari bos yang amat menarik perhatian kami pada hari ini setelah hampir setengah jam kami di restotan berkenaan. Bos dengan bangganya menceritakan kepada kami tentang kejayaannya mengasuh anak-anaknya yang kini Alhamdulillah semuanya "menjadi". Tiada seorang pun diantara mereka yang menceburi profesion "doktor tanpa tauliah" ataupun gejala-gejala sosial yang lain. Bermula daripada cerita anak-anak, beralih ke cerita cucu-cucu, seterusnya ke cerita mengenai menantunya yang amat menghormatinya. Beliau menceritakan bagaimana perbezaan antara kedua-dua menantunya yang dibandingkannya seperti langit dan bumi.

          Bos saya ini memang merupakan seorang yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan, malah kami dipejabat pun dilayannya seperti anak-anaknya. (Kami dipejabat berumur antara 31 - 25 tahun dan Bos berumur 55 tahun lepas). Semasa Beliau menceritakan mengenai anak-anak, saya tertarik dengan satu hujahnya mengenai menghantar anak kesekolah berasrama, perkaitan sifat, sikap dan psikologi orang muda pada hari ini dengan sistem pendidikan atau corak pemikiran masyarakat ibu bapa pada masa kini. Hujahnya kedengaran begitu logik dan amat menarik harti saya.

          Beliau menceritakan perbezaan falsafah ibubapa pada zaman dahulu dan sekarang mengenai tujuan menghantar anak kesekolah. Ceritanya timbul apabila beliau menceritakan mengenai keengganan beliau untuk menghantar anak perempuannya ke MRSM atau Sekolah Berasrama penuh. Pada beliau menghantar anak pada usia muda akan mewujudkan satu jurang antara ahli keluarga dan akan membuatkan kemesraan didalam kehidupan berkelurga itu kurang dirasai oleh anak. Bayangkan, anak yang berumur 13 tahun sudah meninggalkan rumah, sebulan sekali pulang kerumah untuk 2 hari, dihari minggu, selama 12 tahun (katanya perkiraan sehingga anaknya selesai pengajian peringkat ijazah), kemudian keluar merantau lagi untuk mencari pekerjaan di negeri orang. Cuba bandingkan masa bersama yang tinggal untuk ibubapa mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Apabila menghantar anak-anak keasrama, tugas yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa hampir 80% telah diserahkan kepada guru-guru disekolah.

          Berbalik kepada perbandingan tujuan orang dulu dan orang sekarang menghantar anak kesekolah. Beliau berkata, konsep atau tujuan utama ibubapa pada zaman dahulu adalah untuk menjadikan anaknya itu sebagai seorang yang berguna dan mampu berbakti kepada mereka dibelakang hari kelak, disamping menimba ilmu pengetahuan buat bekalan mereka menghadapi masa hadapan berbanding ibubapa pada hari ini yang menjangkakan anak-anak yang dihantar ke sekolah itu akan menjadi seorang yang cerdik pandai ataupun bijaksana. Sistem pendidikan yang digubal pada hari ini juga dilihat sebegitu. Sistem gred dan rangking terlalu menjadikan sesebuah sekolah itu terlampau mementingkan akademik sehingga mengabaikan banyak perkara asas seperti pembentukan kendiri seseorang pelajar.

          Kita boleh lihat pada hari ini, anak-anak remaja ataupun pelajar-pelajar hari ini "bekerja" melebihi ibubapa mereka. Bayangkan seawal jam 6.30 pagi, mereka telah dihantar kesekolah, pada sebelah petang mereka akan dihidangkan dengan kelas tambahan, dan pada sebelah malam pula dihidangkan pula dengan tuisyen samada yang disediakan oleh pihak sekolah ataupun inisiatif ibubapa mereka sendiri. Sesudah proses pembelajaran seawal jam 11.00 malam, kemudian diteruskan lagi dengan kerja rumah yang diamanahkan oleh guru matapelajaran mereka. Anak-anak hari ini dilihat lebih sibuk berbanding ibubapa yang bekerja untuk menyara mereka. Hebatnya anak-anak pada zaman ini. Dengan kesibukan yang telah disediakan untuk mereka ini sedikit sebanyak telah mewujudkan satu jurang didalam perhubungan kekeluargaan. Kenapa? Kerana masa untuk bersama anak-anak hanyalah dimeja makan pada waktu makan dan beberapa minit didalam kereta semasa menghantar mereka.

        Jika kita lihat pada zaman dahulu, walaupun tidak dihidangkan dengan kesibukan melampau, masih mampu melahirkan golongan pemikir dan cendikiawan yang seperti yang diidam-idamkan oleh setiap ibubapa, malah mereka ini dilihat lebih berkualiti kerana mereka tidak hanya dijamu dengan pengetahuan akademik semata-mata. Anak-anak sentiasa mendapat perhatian daripada ibubapa dan mempunyai masa yang panjang bersama ibubapa. Bayangkan pada zaman dahulu dikampung, anak-anak masih mempunyai masa untuk membantu ibubapa mereka dibendang, didapur disamping meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang menyihatkan.

JADI KEPADA IBU BAPA PADA HARI INI, FIKIRKANLAH, APAKAH TUJUAN SEBENAR ANDA SEMUA MENGHANTAR ANAK-ANAK KESEKOLAH? INGINKAN ANAK YANG BIJAKSANA ATAUPUN BERGUNA? HEHE..

p/s : dah macam zaman SPM dulu wat karangan.

Tuesday 14 January 2014

TANDA TANDA KITA TIDAK LEMAK BERKRIM DISUKAI RAMAI


Dalam kehidupan harian, perhubungan sesama manusia adalah penting bagi memastikan kita ini adalah manusia normal. Berikut adalah sebahagian dari tanda-tanda kita tidak disukai seseorang....

1- Setiap kali bila duduk dengan korang dia lebih suka diam dan buat hal sendiri. belek kuku la…menyanyi sorang2 la..termenung la.. sedangkan bila dengan orang lain boleh je berbual..

2- Tak boleh bergurau dengan korang.ramai yang suka label orang ”dia tu bukan boleh bergurau..”.sebenarnya dia boleh je bergurau..tapi bukan dengan korang la..sebeb dia tak suka kat korang jadi bergurau pun dia malas. tak perasan ke dengan orang lain boleh je dia bergurau..

3- Susah mintak tolong.yang ni lebih kurang sama dengan no 2 la.. senang2 je korang kata dia tu kedekut la..mintak pinjam duit pun tak bagi..mintak tolong basuh pinggan sebijik pun dia tak mau. bukan sebab dia malas.tapi sebab dia meluat kat korang.

4- Nak kemana2 dia tak akan ajak korang.bila berjalan dalam kumpulan,korang pulak ada dalam kumpulan tu,dia lebih suka menolak untuk ikut serta.

5- Kurang suka mendengar cerita yang melibatkan korang. contohnya bila Jenab cerita kat Joyah yang Jennny tak makan petai…tapi gaya joyah macam malas nak ambik tau.. ubah topik lain atau cepat2 beredar dari situ..
Jadi kesimpulannya, Jangan riso jika anda tidak disukai seseorang. Anda masih lagi normal, kerana kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini akan sentiasa secara tidak sengaja atau dengan sengaja akan menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain. Muhasabah diri, sentiasa maafkan teman-teman yang lain. InsyaALLAH aman dan damai kehidupan,,

Assalamualaikum...

No Body Perfect



Tazkirah pagi oleh Prof merapu..

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Apa khabar semua saudara saudari cikebum-cikebum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan KurniaNYA dapat saya mengarang sebaris dua ayat untuk meluahkan buku-buku dalam hati.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
*petikan lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique Ft Jamal Abdillah


Sebenarnya kemerapuan yang cuba diwujudkan pada hari ini adalah berkenaan lisan atau bahasa pasarnya adalah mulut. Mulut merupakan salah satu pancaindera yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia yang bertujuan untuk digunakan oleh hambanya untuk menzahirkan segala yang bermain dan berlegar diruang minda. Alhamdulillah dengan adannya mulut dan suara dapat kita berinteraksi dengan jayanya tanpa ada sekatan.

Oleh yang demikian, anugerah ALLAH SWT yang amat berharga ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya dan kearah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Penggunaan mulut adalah salah satu cara, selepas penampilan pemakaian digunakan oleh manusia untuk menilai perwatakan dan keperibadian seseorang. Pepatah Melayu pernah mengatakan "Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa". melalui pepatah ini memperlihatkan bahawa andaikata tersilap mulu mampu mebinasakan tubuh badan baik secara fizikal mahupun fizikal.

Sehubungan dengan itu, manusia diatas muka bumi ini seharusnya mendahulukan penggunaan akal mereka sebelum mereka menggunakan panca indera yang lain. Setiap tindakan yang ingin dilakukan atau dizahirkan didalam bentuk perlakuan atau perkataan seharusnya melalui suatu proses tapisan yang panjang supaya tidak memberi impak yang negatif kepada si pelaku itu. Andaikata kesilapan timbul didalam penaksiran yang dilakukan, akibatnya nanya seumur hidup dan mampu mewujudkan satu fenomena fobia kepada si pelaku.

Benarlah kata orang dulu-dulu. Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Pedang hanya mampu untuk mencederakan zahir. Kecederaan yang berlaku keatas tubuh badan biasanya boleh disembuhkan dan kita dapat melihat dengan jelas setiap perubahan yang berlaku semasa ianya didalam proses pemulihan. Tetapi melalui mulut/ perkataan, kita tidak mampu untuk mencederakan seseorang secara fisiologikal tetapi, kita mampu untuk melukakan seseorang itu dari sudur psikologi nya. Kecederaan Psikologikal ini dilihat agak sukar untuk diubati kerana ianya melibatkan sesuatu yang dipanggil hati. Proses untuk menyembuhkan kelukaan psikologikal merupakan sesuatu yang subjektif untuk kita ketahui kerana ianya bergantung kepada tuan empunya badan itu sendiri, Sekiranya tuan empunya badan itu merupakan seseorang yang pemaaf, maka cepatlah ianya disembuhkan, dan begitulah sebaliknya.

Jadi dah panjang lebar hamba merapu... Moral Of the Story.. Please Do Mind Your Word toward Everyone. tak kisah siapa si pendengar itu.. Ingatan ini bukan sahaja untuk orang lain, tetapi untuk pedoman saya juga, Saya pun tidak sempurna. Kadang terkasar bahasa, kadang terlebih cakap dan macam-macam lagi. Dari jauh kupohon ampun maaf. Sekian

Assalamualaikum WBT

Sunday 12 January 2014

Bismillah...

Alhamdulillah..

Setelah beberapa tahun berfikiran untuk membuat satu akaun blogger, akhirnya hari ini tercapai dengan wujudnya akan ni.. Tapi walaupun sudah mewujudkan akaun ini tapi isinya masih belum terlintas apa yang ingin di tulis..