Tuesday 30 June 2015

Sesat di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sidang pembaca.

"Sesat Di Kuala Lumpur." satu situasi yang biasa terjadi sekiranya kita bukan anak watan Kuala Lumpur atau pemastautin tetap di Kuala Lumpur, lebih - lebih lagi buat aku yang memang payah nak ingat jalan ni. Walaupun berkali - kali datang (3 hingga 5 kali setahun), tapi tetap juga akan sesat kerana keadaan Bandaraya Metropolitan itu sentiasa berubah. Namun sesat dihujung jalan boleh kembali ke pangkal jalan atau boleh bertanya awek-awek tol, sebab orang tua cakap kalau malau bertanya sesat jalan.

Kalau dulu ramai anak muda berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk mengejar duniawi. Bermacam peluang disediakan untuk memenuhi kehendak mereka demi kononnya membantu ibu ayah di kampung. Ramai yang berjaya, ramai juga yang tersungkur dan terpeleot daripada jalanan asal kerana terpengaruh dan termakan dengan pengaruh-pengaruh negatif yang terdapat disana. 

Namun sekarang tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur. Cukup dihalaman sendiri. Segala tersedia terbentang. Cuma tanya sama hati apa jadi. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya. Rebut peluang. 

Wednesday 24 June 2015

DILEMA BERTUBI-TUBI

ALHAMDULILLAH
Hari ini sudah 6 hari puasa.. Masih lagi diberikan kekuatan untuk menjalani ibadat ini. Tahniah kepada semua umat Islam yang berjaya mengharungi perjalanan bagi bulan Ramadhan ini. Semoga kejayaan ini berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Hari ini beberapa perkara telah menerjah keruang benak saya sehingga ade sesetengah daripadanya telah membuatkan puasa saya kehilangan berat yang tidak dapat saya anggarkan sebanyak mana kuantiti kehilangan yang dialami.

1MDB
Kejatuhan Nilai Ringgit
FELDA
Skandal MARA

dan lain - lain lagi yang sedang hangat dipermainkan di dada akhbar dan media sosial. Saya seperti biasa sebagai seorang yang malas membaca hanya akan memetik beberapa bahagian ayat yang ditulis didalam setiap entri yang dihidangkan kepada kita di alam Maya dan media cetak. Namun hasil daripada bacaan tersebut berjaya menimbulkan kegusaran dalam hati saya mengenai nasib orang melayu dan orang Islam itu sendiri di Tanah Melayu yang merupakan negara asal mereka tidak seperti Cina dan India yang sebagaimana termaktub di dalam buku buku sejarah merupakan bangsa yang telah dibawa oleh penjajah Tanah Melayu untuk dijadikan buruh untuk mengutip hasil kekayaan Tanah Melayu untuk dibawa pulang kenegara mereka.



Kegusaran #1 Mampukah Kerajaan BN hari ini mampu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menguasai negara selama ini dengan skandal - skandal yang berlegar dan meniti dibibir rakyat sekarang setelah saya melihat keupayaan barisan Kabinet YABPM untuk menjawab setiap skandal dan persoalan yang diajukan adalah sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan serangan balas sehingga penyokong sendiri pun sudah mula mempersoalkan keupayaan mereka? 

Sekiranya mampu bertahan, apakah ada barisan kabinet yang benar-benar hebat dan mampu menandingi barisan kabinet yang ada pada zaman Tun pada suatu ketika dahulu. Kepimpinan yang cerdik dan disegani dunia suatu ketika dahulu. Pada zaman Tun, saya masih lagi kanak kanak tidak banyak yang dapat saya luahkan mengikut isi hati saya sendiri. Tetapi melalui percakapan dan perbualan dengan orang - orang lama, ketika membandingkan zaman pemerintahan Tun dengan sekarang, baik penyokong kerajaan atau pembangkang sekalipun pasti ayatnya akan berbunyi lebih kurang begini :
       
"Zaman Tun walaupun ada skandal tapi masih lagi ada kebaikan untuk rakyat. Malaysia dikenali, disegani oleh orang luar. Walaupun ada skandal berlaku masih rakyat tidak merasai beban tersebut dengan sebegitu berat."

Memang benar. Hari ini rakyat terus menerus merasakan beban. Hari ini harga minyak naik. Esok Harga barang pulak yang akan naik sebab harga minyak. Esok naik lagi sebab cukai. Sekiranya keadaan ini berterusan berlaku, ianya cukup tidak sihat bagi kerajaan Barisan Nasional. 

Sekiranya tidak, apakah pembangkang Malaysia yang ada pada hari ini mampu mentadbir Malaysia dan mampu menjaga kesejahteraan dan keamanan yang sekian lama terbina di Malaysia sedangkan dalaman mereka sendiri  goyah?

Mampukah golongan Melayu dan Islam yang tinggal didalam Pakatan Pembangkang itu menjaga dan memastikan ketuanan Melayu itu terjaga? Mampukah mereka mengekalkan perkara - perakara yang menjaga kesucian agama islam dan melayu dalam perlembagaan persekutuan terjaga sedangkan didalam Pakatan itu sendiri dilihat kaum melayu Islam seolah - olah tidak mempunyai kekuatan didalam pakatan rakyat walaupun mereka masih majoriti.

Apakah PAS mampu memartabatkan Agama Islam sebagaimana dilaungkang mereka? Apakah realistik perjuangan PAS didalam Pakatan Rakyat yang dilihat semakin hari semakin tertindas dan akhirnya dikhianati oleh golongan liberal didalam PAS sehingga tertubuhnya PASMA? Semakin kecil pengaruh dan kuasa PAS dalam Pakatan Rakyat dan semakin berat dan sukar perjalanan PAS menuju ke Putrajaya. Nampaknya PAS akan bertanding di semua 222 Parlimen untuk memastikan syiar Islam tertegak. 



Kegusaran #2 Apakah skandal dan segala perkara pelik yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia hari ini merupakan satu berita/ cerita/ maklumat yang benar kerana YABhg Tun Dr. Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun mula mempersoalkan setiap pelaksanaan aktiviti - aktiviti kerajaan setelah melepaskan takhta lebih 10 tahun yang lalu? 

Sekiranya benar dan terbukti bahawa semua ini adalah benar, maka hancur luluh hati rakyat yang selama ini mengharapkan yang terbaik daripada pimpinan yang selama ini mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Kerajaan Barisan Nasional yang didominasi oleh United Malay National Organisation (UMNO) akan terkubur.

Hairan!
Kenapa Tun M tiba-tiba membesar-besarkan cerita 1MDB dimedia? kenapa tidak sahaja ditegur menggunakan saluran lain? Walaupun dilihat beliau lebih layak untuk menegur? Apakah skandal 1MDB ini terlalu memberi impak negatif kepada kewangan negara? Banyak betul soalan yang terpacul. Ini sudah menjadi lumrah bagi insan yang kurang membaca.. haha.. Akan sentiasa lebih bertanya dari menjawab.

Bagi saya, dalam ketegangan yang berlaku hari ini tidak seharusnya diselesaikan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun M. Sepatutnya cara yang lebih berhemah digunakan untuk menegur kepimpinan negara. Sebagai orang yang lebih tua dan otai dalam mentadbir negara, Tun M seharusnya tidak mudah melatah apabila sesuatu yang tidak enak terjadi dalam negara yang pernah diterajui selama 22 tahun.

Diakui beliau telah menabur pelbagai jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke4. jadi daripada satu lagi perspektif, mungkin teguran-teguran telah pun beliau sampaikan namun tidak diendahkan oleh barisan kabinet YAB PM. Ketika melihat keadaan sebegini huru hara beliau rasakan terpaksa bertindak sedemikian. Wallahualam.

Apa - apa pun diharapkan perkara ini tidak benar. Hapuskanlah kaki-kaki kipas disekeliling tu. Lawanlah kourpsi antara pegawai terlibat. Dan diharapkan kepimpinan YAB PM dapat menjawab segala yang menjadi persoalan hari ini dengan cara yang lebih baik dan menepati kehendak dan keperluan semasa. Tidak hanya menuding jari mencari salah siapa.



Kegusaran #3 Kenapa Kabinet Najib ni Ramai yang Bangang! (maaf cakap)

Yang ini pembaca mungkin sedia maklum dengan apa yang telah dilakukan oleh kabinet Najib. Cuma berlaku ketidakpuasanhati yang mendadak apabila beberapa menteri yang kerjanya tidak kemas. Beberapa isu yang terjadi banyak telah menunjukkan sikap acuh tak acuh menteri-menteri yang ada pada hari ini.

Apabila dipersoalkan kepada mereka mengenai perkara-perkara atau dasar-dasar yang telah dilaksanakan mereka lebih gemar melenting tak tentu pasal dengan mengeluarkan jawapan-jawapan yang dianggap level budak sekolah.

"Tak suka undang-undang Malaysia boleh tukar kerakyatan."
"Kalau harga tanaman naik, tanam sayur sendiri."
"Harga gula naik sebab ramai rakyat Malaysia Kencing Manis. Ini salah satu cara kita nak mengawal penyakit tersebut daripada terus menular."

Apahal?
Sesuka hati bagi jawapan. Kenapa tiada jawapan lebih ilmiah.

Begitu juga dengan penerangan mengenai isu - isu semasa ataupun dasar-dasar kerajaan sebagai contoh GST. Satu isu besar yang memberi tekanan yang agak teruk kepada Kerajaan hari ini. Boleh dilihat hanya berapa peratus sahaja rakyat hari ini memahami konsep pelaksanaan GST. Berapa banyak soalan yang telah dijawab dengan baik oleh kementerian yang bertanggungjawab? Berterabur beb..

Kegusaran #4 Kenapa budak-budak zaman sekarang tak pandai nak jaga aib sendiri? 

Ini masalahnya sekarang. Budak zaman sekarang perangai pelik. Orang kate pelik die pandang semua cantik. Nurkilan FourFiftyTwo.

Setiap manusia hari ini tidak sempurna. Setiap hari mereka tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun adakah setiap dosa yang dilakukan itu perlu dibanggakan? Berzina ko update FB? Gambar cium-cium masuk Wechat? Apahal dek oi. jaga la airmuka mak ayah tu. Kalo korang memang muka tak tahu malu, jaga la air muka dorang.

Dah tahu barang private simpan la leklok. Walaupun untuk simpanan peribadi ke hape ke, da gambar cenggitu wat ape simpan dek. Pastu leh dedah camtu jer. Saya pun bukannye perfect. Maafkan saya kalo terover......


sekian
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Thursday 16 April 2015

What it means to be a failure

Assalamualaikum.. SAlam sejahtera...

Semalam kereta aku telah disondol oleh sebuah Kancil di Kg. Tok Bok. Alhamdulilah kereta aku tidaklah begitu teruk keadaanya berbanding kereta Akak tu. Pada mulanya timbul perasaan marah, tapi setelah berbincang bersama suami akak tu, dan memandangkan keadaanya lebih teruk berbanding aku, kemanusiaan mengatasi segalanya, walaupun aku tahu selepas ini aku akan menggaru kepala untuk mencari peruntukan bagi membaiki kereta ku.

Namun penceritaan hari ini bukanlah berkaitan kerugian yang aku harus tanggung akibat dari kemalangan tersebut, tapi akibat yang aku harus tanggung selepas peristiwa itu.

Yang pertama perubahan sikap aku dan yang kedua hasil daripada perubahan sikap aku. Selepas sahaja aku mengalami peristiwa petang semalam semestinya keeadaan stress trus menyelubungi diri, walaupun pada awalnya aku telah berpuas hati dengan hasil rundingan aku dengan suami akak tu. Bukan duit yang aku fikirkan, tetapi penambahan kadar stress aku berlaku bila pak mertua aku buka mulut. Terus memadam rasa bangga atas tindakan yang aku anggap murni sebentar tadi.

Kelemahan utama aku bila stress ialah aku akan merapu. Cakap ikut sedap mulut dan kebiasaannya penggunaan akal yang waras sangat minimum. Hasil daripada itu akhirnya semalam aku telah mengguris hati orang yang aku sayang.. Nurshairah Bt. Mohd Azman, isteri yanh telah kunikahi lebih 2 tahun yang lalu. Not a big issue actually, just a little misunderstanding. Salah tafsir dari ayat semasa dia menyampuk penceritaan aku menyebabkan aku secara tiba-tiba terasa hati. Walaupun akhirnya dia menerangkan maksud ayatnya still susunan ayat yang dia gunakan sebentar tadi seumpama meruntuhkan harapan aku yang mendambakan sokongan daripadanya. Sebenarnya itu sentiasa terjadi dalam hubungan aku.

Sebenarnya entri ini aku tulis hanya untuk melahirkan rasa kesal aku berkaitan ayat aku yang mengguris perasaannya. Maafkan saya, awk. Mungkin ayat saya semalam cukup keras dan diluar jangkaam awak. Tapi itulah yang senantiasa bermain diminda. Saya tahu awak tak kisah tentang status kehidupan kita walaupun jauh disudut hati awak menginginkan lebih daripada apa yang kita ada sekarang dan saya senang dengan sikap awak yang itu. Awak bukanlah seorang yang meminta walaupun jauh disanubari terlalu banyak yang awak inginkan. Tapi kadang-kadang itulah yang menjadi kekesalan kepada saya apabila saya menyedari saya gagal untuk memenuhi semua kehendak awak.

Sebagai seorang suami, masih banyak kekurangan yang ada dalam diri ini. Walaupun sudah bekerja, berjawatan walaupun tidak begitu tinggi sepatutnya saya boleh berikan lebih daripada apa yang ada sekarang, tetapi kesilapan lampau saya mengheret awak bersama. Sikap awak yang sentiasa positif memberikan saya kekuatan untuk terus melangkah kehadapan. Jujur saya akui saya tak pernah tahu apa rasanya bila kita sentiasa mendapat sokongan dari seseorang sehingga awak muncul dalam hidup saya.

Sorry,
Sorry when i almost fail to give u everyhing u want
Sorry when i have nothing worldly to be shared

Berkaitan kereta... awak juga yg slalu katekn kpd sye.. the oldies evaluating... so, saye xboleh nk buat mende nih as my property.. cannot... sebab kebiasaannya saye jarang jaga barang saye sebagaimana i took care pd kete tu... eventhough da mcm saye punya sbb ive paid the loan.. ive filled tnee tank.., i drove it everyday... walaupun begitu ur mom n dad still care about it., still want to know what happen.. knape?? Sbb ianya gift from them to u.. not me. Hopefully u can understand what i feel about it. Pls dont get me wrong. M just trying to be honest to u n myslef. Sorry..

Wednesday 18 March 2015

Mencari Konklusi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semakin hari semakin tajam dan kuat tujahan - tujahan provokasi daripada insan - insan yang tidak pernah peduli untuk mengekalkan suasana aman yang telah sekian lama wujud. Selalu juga timbul diruangan benak ini kenapa Allah SWT mengadakan juga insan yang sebegini. Kenapa insan sebegini tidak diturunkan bala secara "cash" agar menjadi pedoman kepada insan lain yang cuba mengikut gerak langkah songsang mereka. Namun, semakin hari semakin ramai yang lahir dan terus mencemar nikmat kedamaian dan kesejahteraan yang sedang enak dinikmati. Semakin hari terasakan kedamaian itu semakin tawar dan semakin payah untuk didapati dipasaran kehidupan manusia. Terasakan seperti ianya telah dipatenkan sebagai "special edition". Hanya yang mencari dan mampu akan merasai seadanya. Bagi yang kurang berkemampuan masih mampu merasainya namun akan terdapat lompang disana sini.

Kuasa. Wang. Pengaruh. 
Senantiasa mengaburi minda dan pemikiran masyarakat sejagat. Kemana hilangnya waras? Kenapa didambakan kehancuran dan kekacauan untuk memenuhi kantung nafsu sedangkan kedamaian dan kesejahteraan itu kehendak setiap manusia. Sudahlah wahai sang pendamba. Bangkitlah. Sedarlah. Apa yang kau idam - idamkan itu hanya membawa mungkar ALLAH dan kebencian manusia. Kantung nafsumu mungkin penuh suatu hari nanti. Mungkin semasa proses untuk memenuhi kantung nafsumu itu kesejahteraan dan kedamaian sentiasa menjadi milikmu walhal tanpa sedar dirimu semakin hari semakin kehilangan keduanya akibat ditelan oleh rakus lagakmu yang merajakan hawa nafsu demi mencapai kedamaian yang disangkakan abadi.