Wednesday 18 March 2015

Mencari Konklusi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semakin hari semakin tajam dan kuat tujahan - tujahan provokasi daripada insan - insan yang tidak pernah peduli untuk mengekalkan suasana aman yang telah sekian lama wujud. Selalu juga timbul diruangan benak ini kenapa Allah SWT mengadakan juga insan yang sebegini. Kenapa insan sebegini tidak diturunkan bala secara "cash" agar menjadi pedoman kepada insan lain yang cuba mengikut gerak langkah songsang mereka. Namun, semakin hari semakin ramai yang lahir dan terus mencemar nikmat kedamaian dan kesejahteraan yang sedang enak dinikmati. Semakin hari terasakan kedamaian itu semakin tawar dan semakin payah untuk didapati dipasaran kehidupan manusia. Terasakan seperti ianya telah dipatenkan sebagai "special edition". Hanya yang mencari dan mampu akan merasai seadanya. Bagi yang kurang berkemampuan masih mampu merasainya namun akan terdapat lompang disana sini.

Kuasa. Wang. Pengaruh. 
Senantiasa mengaburi minda dan pemikiran masyarakat sejagat. Kemana hilangnya waras? Kenapa didambakan kehancuran dan kekacauan untuk memenuhi kantung nafsu sedangkan kedamaian dan kesejahteraan itu kehendak setiap manusia. Sudahlah wahai sang pendamba. Bangkitlah. Sedarlah. Apa yang kau idam - idamkan itu hanya membawa mungkar ALLAH dan kebencian manusia. Kantung nafsumu mungkin penuh suatu hari nanti. Mungkin semasa proses untuk memenuhi kantung nafsumu itu kesejahteraan dan kedamaian sentiasa menjadi milikmu walhal tanpa sedar dirimu semakin hari semakin kehilangan keduanya akibat ditelan oleh rakus lagakmu yang merajakan hawa nafsu demi mencapai kedamaian yang disangkakan abadi. 

No comments:

Post a Comment