Tuesday 30 June 2015

Sesat di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sidang pembaca.

"Sesat Di Kuala Lumpur." satu situasi yang biasa terjadi sekiranya kita bukan anak watan Kuala Lumpur atau pemastautin tetap di Kuala Lumpur, lebih - lebih lagi buat aku yang memang payah nak ingat jalan ni. Walaupun berkali - kali datang (3 hingga 5 kali setahun), tapi tetap juga akan sesat kerana keadaan Bandaraya Metropolitan itu sentiasa berubah. Namun sesat dihujung jalan boleh kembali ke pangkal jalan atau boleh bertanya awek-awek tol, sebab orang tua cakap kalau malau bertanya sesat jalan.

Kalau dulu ramai anak muda berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk mengejar duniawi. Bermacam peluang disediakan untuk memenuhi kehendak mereka demi kononnya membantu ibu ayah di kampung. Ramai yang berjaya, ramai juga yang tersungkur dan terpeleot daripada jalanan asal kerana terpengaruh dan termakan dengan pengaruh-pengaruh negatif yang terdapat disana. 

Namun sekarang tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur. Cukup dihalaman sendiri. Segala tersedia terbentang. Cuma tanya sama hati apa jadi. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya. Rebut peluang. 

Wednesday 24 June 2015

DILEMA BERTUBI-TUBI

ALHAMDULILLAH
Hari ini sudah 6 hari puasa.. Masih lagi diberikan kekuatan untuk menjalani ibadat ini. Tahniah kepada semua umat Islam yang berjaya mengharungi perjalanan bagi bulan Ramadhan ini. Semoga kejayaan ini berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Hari ini beberapa perkara telah menerjah keruang benak saya sehingga ade sesetengah daripadanya telah membuatkan puasa saya kehilangan berat yang tidak dapat saya anggarkan sebanyak mana kuantiti kehilangan yang dialami.

1MDB
Kejatuhan Nilai Ringgit
FELDA
Skandal MARA

dan lain - lain lagi yang sedang hangat dipermainkan di dada akhbar dan media sosial. Saya seperti biasa sebagai seorang yang malas membaca hanya akan memetik beberapa bahagian ayat yang ditulis didalam setiap entri yang dihidangkan kepada kita di alam Maya dan media cetak. Namun hasil daripada bacaan tersebut berjaya menimbulkan kegusaran dalam hati saya mengenai nasib orang melayu dan orang Islam itu sendiri di Tanah Melayu yang merupakan negara asal mereka tidak seperti Cina dan India yang sebagaimana termaktub di dalam buku buku sejarah merupakan bangsa yang telah dibawa oleh penjajah Tanah Melayu untuk dijadikan buruh untuk mengutip hasil kekayaan Tanah Melayu untuk dibawa pulang kenegara mereka.



Kegusaran #1 Mampukah Kerajaan BN hari ini mampu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka menguasai negara selama ini dengan skandal - skandal yang berlegar dan meniti dibibir rakyat sekarang setelah saya melihat keupayaan barisan Kabinet YABPM untuk menjawab setiap skandal dan persoalan yang diajukan adalah sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan serangan balas sehingga penyokong sendiri pun sudah mula mempersoalkan keupayaan mereka? 

Sekiranya mampu bertahan, apakah ada barisan kabinet yang benar-benar hebat dan mampu menandingi barisan kabinet yang ada pada zaman Tun pada suatu ketika dahulu. Kepimpinan yang cerdik dan disegani dunia suatu ketika dahulu. Pada zaman Tun, saya masih lagi kanak kanak tidak banyak yang dapat saya luahkan mengikut isi hati saya sendiri. Tetapi melalui percakapan dan perbualan dengan orang - orang lama, ketika membandingkan zaman pemerintahan Tun dengan sekarang, baik penyokong kerajaan atau pembangkang sekalipun pasti ayatnya akan berbunyi lebih kurang begini :
       
"Zaman Tun walaupun ada skandal tapi masih lagi ada kebaikan untuk rakyat. Malaysia dikenali, disegani oleh orang luar. Walaupun ada skandal berlaku masih rakyat tidak merasai beban tersebut dengan sebegitu berat."

Memang benar. Hari ini rakyat terus menerus merasakan beban. Hari ini harga minyak naik. Esok Harga barang pulak yang akan naik sebab harga minyak. Esok naik lagi sebab cukai. Sekiranya keadaan ini berterusan berlaku, ianya cukup tidak sihat bagi kerajaan Barisan Nasional. 

Sekiranya tidak, apakah pembangkang Malaysia yang ada pada hari ini mampu mentadbir Malaysia dan mampu menjaga kesejahteraan dan keamanan yang sekian lama terbina di Malaysia sedangkan dalaman mereka sendiri  goyah?

Mampukah golongan Melayu dan Islam yang tinggal didalam Pakatan Pembangkang itu menjaga dan memastikan ketuanan Melayu itu terjaga? Mampukah mereka mengekalkan perkara - perakara yang menjaga kesucian agama islam dan melayu dalam perlembagaan persekutuan terjaga sedangkan didalam Pakatan itu sendiri dilihat kaum melayu Islam seolah - olah tidak mempunyai kekuatan didalam pakatan rakyat walaupun mereka masih majoriti.

Apakah PAS mampu memartabatkan Agama Islam sebagaimana dilaungkang mereka? Apakah realistik perjuangan PAS didalam Pakatan Rakyat yang dilihat semakin hari semakin tertindas dan akhirnya dikhianati oleh golongan liberal didalam PAS sehingga tertubuhnya PASMA? Semakin kecil pengaruh dan kuasa PAS dalam Pakatan Rakyat dan semakin berat dan sukar perjalanan PAS menuju ke Putrajaya. Nampaknya PAS akan bertanding di semua 222 Parlimen untuk memastikan syiar Islam tertegak. 



Kegusaran #2 Apakah skandal dan segala perkara pelik yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia hari ini merupakan satu berita/ cerita/ maklumat yang benar kerana YABhg Tun Dr. Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun mula mempersoalkan setiap pelaksanaan aktiviti - aktiviti kerajaan setelah melepaskan takhta lebih 10 tahun yang lalu? 

Sekiranya benar dan terbukti bahawa semua ini adalah benar, maka hancur luluh hati rakyat yang selama ini mengharapkan yang terbaik daripada pimpinan yang selama ini mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Kerajaan Barisan Nasional yang didominasi oleh United Malay National Organisation (UMNO) akan terkubur.

Hairan!
Kenapa Tun M tiba-tiba membesar-besarkan cerita 1MDB dimedia? kenapa tidak sahaja ditegur menggunakan saluran lain? Walaupun dilihat beliau lebih layak untuk menegur? Apakah skandal 1MDB ini terlalu memberi impak negatif kepada kewangan negara? Banyak betul soalan yang terpacul. Ini sudah menjadi lumrah bagi insan yang kurang membaca.. haha.. Akan sentiasa lebih bertanya dari menjawab.

Bagi saya, dalam ketegangan yang berlaku hari ini tidak seharusnya diselesaikan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun M. Sepatutnya cara yang lebih berhemah digunakan untuk menegur kepimpinan negara. Sebagai orang yang lebih tua dan otai dalam mentadbir negara, Tun M seharusnya tidak mudah melatah apabila sesuatu yang tidak enak terjadi dalam negara yang pernah diterajui selama 22 tahun.

Diakui beliau telah menabur pelbagai jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke4. jadi daripada satu lagi perspektif, mungkin teguran-teguran telah pun beliau sampaikan namun tidak diendahkan oleh barisan kabinet YAB PM. Ketika melihat keadaan sebegini huru hara beliau rasakan terpaksa bertindak sedemikian. Wallahualam.

Apa - apa pun diharapkan perkara ini tidak benar. Hapuskanlah kaki-kaki kipas disekeliling tu. Lawanlah kourpsi antara pegawai terlibat. Dan diharapkan kepimpinan YAB PM dapat menjawab segala yang menjadi persoalan hari ini dengan cara yang lebih baik dan menepati kehendak dan keperluan semasa. Tidak hanya menuding jari mencari salah siapa.



Kegusaran #3 Kenapa Kabinet Najib ni Ramai yang Bangang! (maaf cakap)

Yang ini pembaca mungkin sedia maklum dengan apa yang telah dilakukan oleh kabinet Najib. Cuma berlaku ketidakpuasanhati yang mendadak apabila beberapa menteri yang kerjanya tidak kemas. Beberapa isu yang terjadi banyak telah menunjukkan sikap acuh tak acuh menteri-menteri yang ada pada hari ini.

Apabila dipersoalkan kepada mereka mengenai perkara-perkara atau dasar-dasar yang telah dilaksanakan mereka lebih gemar melenting tak tentu pasal dengan mengeluarkan jawapan-jawapan yang dianggap level budak sekolah.

"Tak suka undang-undang Malaysia boleh tukar kerakyatan."
"Kalau harga tanaman naik, tanam sayur sendiri."
"Harga gula naik sebab ramai rakyat Malaysia Kencing Manis. Ini salah satu cara kita nak mengawal penyakit tersebut daripada terus menular."

Apahal?
Sesuka hati bagi jawapan. Kenapa tiada jawapan lebih ilmiah.

Begitu juga dengan penerangan mengenai isu - isu semasa ataupun dasar-dasar kerajaan sebagai contoh GST. Satu isu besar yang memberi tekanan yang agak teruk kepada Kerajaan hari ini. Boleh dilihat hanya berapa peratus sahaja rakyat hari ini memahami konsep pelaksanaan GST. Berapa banyak soalan yang telah dijawab dengan baik oleh kementerian yang bertanggungjawab? Berterabur beb..

Kegusaran #4 Kenapa budak-budak zaman sekarang tak pandai nak jaga aib sendiri? 

Ini masalahnya sekarang. Budak zaman sekarang perangai pelik. Orang kate pelik die pandang semua cantik. Nurkilan FourFiftyTwo.

Setiap manusia hari ini tidak sempurna. Setiap hari mereka tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun adakah setiap dosa yang dilakukan itu perlu dibanggakan? Berzina ko update FB? Gambar cium-cium masuk Wechat? Apahal dek oi. jaga la airmuka mak ayah tu. Kalo korang memang muka tak tahu malu, jaga la air muka dorang.

Dah tahu barang private simpan la leklok. Walaupun untuk simpanan peribadi ke hape ke, da gambar cenggitu wat ape simpan dek. Pastu leh dedah camtu jer. Saya pun bukannye perfect. Maafkan saya kalo terover......


sekian
wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh