Tuesday 30 June 2015

Sesat di Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sidang pembaca.

"Sesat Di Kuala Lumpur." satu situasi yang biasa terjadi sekiranya kita bukan anak watan Kuala Lumpur atau pemastautin tetap di Kuala Lumpur, lebih - lebih lagi buat aku yang memang payah nak ingat jalan ni. Walaupun berkali - kali datang (3 hingga 5 kali setahun), tapi tetap juga akan sesat kerana keadaan Bandaraya Metropolitan itu sentiasa berubah. Namun sesat dihujung jalan boleh kembali ke pangkal jalan atau boleh bertanya awek-awek tol, sebab orang tua cakap kalau malau bertanya sesat jalan.

Kalau dulu ramai anak muda berpusu-pusu ke Kuala Lumpur untuk mengejar duniawi. Bermacam peluang disediakan untuk memenuhi kehendak mereka demi kononnya membantu ibu ayah di kampung. Ramai yang berjaya, ramai juga yang tersungkur dan terpeleot daripada jalanan asal kerana terpengaruh dan termakan dengan pengaruh-pengaruh negatif yang terdapat disana. 

Namun sekarang tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur. Cukup dihalaman sendiri. Segala tersedia terbentang. Cuma tanya sama hati apa jadi. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya. Rebut peluang. 

No comments:

Post a Comment