Saturday 15 February 2014

KENAPA KE SEKOLAH 2

Assalamulaikum w.b.t           Minggu lepas, kecoh diperkatakan tentang seorang guru disebuah SJK telah menghukum muridnya dengan cara menggantung loceng dileher dan disurhnya mereka makan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diamanahkan. Perlakuan guru tersebut berjaya menaikkan darah ibu bapa murid berkenaan dan akhirnya dia telah dikenakan tindakan tukar sekolah. Sesetengah orang berpendapat, guru berkenaan sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding apa yang telah diterimanya atas perlakuannya yang seakan mencabar kesabaran orang melayu apabila tersebar luas berita mengenai dua lagi murid berbangsa cina yang juga melakukan kesilapan yang sama dan tidak dikenakan apa-apa hukuman oleh guru berkenaan. Amatlah tidak wajar apabila seorang yang telah diberi amanah untuk mendidik murid-muridnya mengamalkan sikap perkauman didalam menjalankan tugas. 

           Kenapa memilih profesion perguruan seandainya diri sendiri tidak mampu untuk mengendalikan tugasan tersebut? Kerjaya Guru merupakan salah satu kerjaya yang amat disanjung suatu ketika dahulu. Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi anak-anak yang dihantar ke sekolah. Guru merupakan jurumudi yang akan mengemudi arah tujuan dan memastikan VISI DAN MISI Dasar pendidikan negara tercapai dengan jayanya. Guru juga merupakan "ibubapa kedua" kepada murid-murid dan merupakan antara orang yang paling rapat dengan murid-murid selain daripada ibubapa mereka. Tugas seorang guru tidak hanya tertakluk kepada pelajaran akademik murid-muridnya sahaja. Tugas mereka amat luas sehinggakan meliputi seluruh aspek kehidupan seseorang murid itu. 


          

                        

No comments:

Post a Comment